Laila
ha ilallah … Waktu sudah melewati dua pertiga malam. Suntikan kopi Vietnam yang
dihadiahkan sahabat masih segar terasa di tekak, nikmat. Sudah beberapa ketika
mata menatap skrin komputer menyiapkan kerja. Belum ada tanda-tanda mahu
berlabuh mata ini.
Tapi,
apa itu? Nun di tepian tikar buluh yang hitam ini, ada seakan kerdipan halus
berwarna putih kekuningan. Aku gamit dekat-dekat. Subhanallah, semut rupanya. Sedang
asyik melarikan sisa biskut yang dimamah anakku tadi. Hebat, diangkat cebisan
itu satu-persatu, seragam dalam barisan yang teratur. Ada seekor yang sedikit
tercicir ke belakang, mungkin kerna cebisan yang dipikulnya jauh lebih besar,
tapi dengan izin Allah, semut kerdil ini mampu memikulnya sendirian.
Mereka
tiada berakal, tapi mind setnya tinggi. Taat setia pada permaisuri
(ketua) sedia berkhidmat untuk keluarga. Berusaha tanpa berkira siapa buat
kerja lebih, tanpa riak bangga, tanpa mengharap balasan yang lebih. Antara
makhluk yang sentiasa di jalan yang ‘lurus’.
Kita
juga harus begitu. Mind set kita harus tinggi dan sentiasa uji kemampuan
kita. Sesungguhnya kekuatan luar biasa dating daripada akal, bukan dari
fizikal. Lihat saja adik-adik kita pulang dari sekolah memikul suatu luar
kemampuan usia mereka. Haruslah kita miliki sifat ihsan dan rasa belas kasih.
Ketika
aku dalam kelab kembara zaman sekolah dulu pun Cikgu Cheng ada bagi tips
perkemahan; ‘Berat beg camping jangan melebihi 1/3 daripada berat badan
individu’. Manusia bukan macam cimpanzi; seekor dewasa kudratnya menyamai 6
orang manusia dewasa.
Nak
spray (racun) ke kawanan semut tadi? Semut antara makhluk yang dilarang
membunuhnya, tapi ada keharusannya di dalam rumah semata selagi ia mengganggu
kehidupan kita – luar rumah tak boleh! Insya-Allah, menjelang pagi esok
selesailah urusan si semut ini, biarkan lah. Ya Allah, rahmatilah makhluk-Mu,
cukupkan kami dengan sedikit daripada nikmat-Mu….
Sabda
Rasulallah bermaksud; Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan berbuat baik kepada
setiap sesuatu (perkara) – Riwayat Muslim.